Jamuan Hari Raya

Pada 17/10/2009 PAA Autocolour buat jamuan Hari Raya, ada la makan-makan, bakar satey sikit-sikit setakat mana yang mampu. Walaupun kecik ja tapi memang meriah bila kawan-kawan mai sembang-sembang sambil makan-makan, kutuk-kutuk, mengumpat apa sikit.... Apa-apa pun tima kasih pada Abg Daud sebab sponsor ketupat yang gulai ayamnya sangat bes. juga tima kasih pada kawan-kawan yang tak jemu-jemu tolong bakar satey sambil makan, sampai kena topup lagi satey. Insyaallah Raya Haji ni kita sama-sama buat lain. Minta maaf la klau ada kawan-kawan yang tak sempat nak call jemput, buat pun secara terkejut.
Klik pada gambar klau nak tengok gambar lain
Banyak lagi gambar, aku tak edit dah, ni pun gambar kawan-kawan yang ambik pakai kamera aku, old D80.Nanti aku upload dalam koleksi gambar. Tima kasih bebanyak....moga semua dimurahkan rezeki